Peluang cuti sekolah pertengahan semester ini pihak alumni SRIAS 2007 mengambil peluang keemasan untuk menganjurkan program bagi merapatkan ukhuwah dikalangan mereka.
Program tersebut akan diadakan pada hari Ahad 01hb. Jun 2008 bermula jam 4.00 petang, bertempat di rumah Dr. Ahmad Basri Yusoff (mantan Lembaga Pengarah) yang merupakan guru Bahasa Inggeris mereka pada tahun tersebut .
Dr. Ahmad Basri adalah di antara pelopor kepada penubuhan Sekolah Rendah Islam As-Sa'idiyyah pada 20 tahun yang lalu yang mempunyai pelbagai pengalaman dalam bidang pendidikan diperingkat national dan international, pernah berkhidmat di KPM, UKM sebagai pensyarah, masih bergiat cergas dalam bidang dakwah walaupun uzur....
Kini beliau merupakan tempat rujuk kepada guru-guru dan murid-murid bagi mempastikan SRIAS terus berada dipuncak jaya yang pernah melakar sejarah keputusan UPSR 2007 terbaik semenjak SRIAS ditubuhkan dengan pencapaian 25% 5A & 25% 4A.
Monday, May 26, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment