Peluang cuti sekolah pertengahan semester ini pihak alumni SRIAS 2007 mengambil peluang keemasan untuk menganjurkan program bagi merapatkan ukhuwah dikalangan mereka.
Program tersebut akan diadakan pada hari Ahad 01hb. Jun 2008 bermula jam 4.00 petang, bertempat di rumah Dr. Ahmad Basri Yusoff (mantan Lembaga Pengarah) yang merupakan guru Bahasa Inggeris mereka pada tahun tersebut .
Dr. Ahmad Basri adalah di antara pelopor kepada penubuhan Sekolah Rendah Islam As-Sa'idiyyah pada 20 tahun yang lalu yang mempunyai pelbagai pengalaman dalam bidang pendidikan diperingkat national dan international, pernah berkhidmat di KPM, UKM sebagai pensyarah, masih bergiat cergas dalam bidang dakwah walaupun uzur....
Kini beliau merupakan tempat rujuk kepada guru-guru dan murid-murid bagi mempastikan SRIAS terus berada dipuncak jaya yang pernah melakar sejarah keputusan UPSR 2007 terbaik semenjak SRIAS ditubuhkan dengan pencapaian 25% 5A & 25% 4A.
Monday, May 26, 2008
Aktiviti Cuti Sekolah
Sempena cuti sekolah pertengahan semester tahun ini SRIAS sekali lagi menganjurkan program kecemerlangan khususnya kepada murid-murid tahun enam yang bakal menduduki peperiksaan SPPM & UPSR dan amnya kepada semua murid yang berminat.
Dengan adanya program kecemerlangan yang diadakan ini dapatlah membantu ibubapa mengisi waktu yang terluang terhadap anak-anak sepanjang waktu cuti persekolahan melalui kelas kecemerlangan tahun enam SPPM & UPSR, kelas Bahasa Arab & Jawi untuk tahap 1 dan 2 serta kelas Matematik hanya untuk tahap 2 dengan kadar yuran yang minima.
Pihak SRIAS juga telah mewajibkan beberapa tugasan rumah yang perlu diselesaikan kepada semua murid tahap 2 melalui guru matapelajaran masing-masing disamping membaca Al-Quran sekurang-kurangnya sehari sekali kesinambungan terhadap apa yang telah dilaksanakan di SRIAS.
Didoakan semoga semua murid SRIAS menjadi anak yang soleh, sentiasa taat dan membantu ibubapa, membaca Al-Quran dan tidak meninggalkan solat dalam apa jua keadaan.
Amin......

Friday, May 23, 2008
Pengenalan Sekolah
1.1 FALSAFAH PENDIDIKAN AS-SA’IDIYYAH
Pendidikan Islam yang bersepadu dan berterusan yang berlandaskan Tauhid bagi membangunkan fitrah dan potensi individu berdasarkan Al-Quran & As-Sunnah ke arah melahirkan insan dan generasi rabbani yang seimbang dan harmonis dari segi rohani, intelek, emosi dan jasmani.
1.2 PENGENALAN KEPADA SEKOLAH RENDAH ISLAM AS-SA’IDIYYAH (SRIAS)
Sekolah Rendah Islam As-Sa’idiyyah SRIAS adalah merupakan lanjutan kepada sebuah Sekolah Agama Rakyat yang telah ditubuhkan pada tahun 1985 yang dikenali sebagai Sekolah Agama (Rakyat) As-Sa’idiyyah
Penubuhan SRIAS adalah berteraskan kepada konsep pendidikan Islam yang bersepadu antara KBSR & Agama di samping itu aspek pembangunan nilai-nilai murni juga tidak diabaikan.
Para murid akan dinilai secara berterusan sepanjang tempoh pembelajaran di SRIAS bagi mempastikan perkembangan rohani dan jasmaninya terus cemerlang sesuai dengan tahap umur dan pemikiran murid itu sendiri.
Para murid juga akan menduduki peperiksaan UPSR dan SPPM dan akan dibekalkan dengan kemahiran-kemahiran berserta sijil yang berkaitan sebagai persiapan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat sekolah menengah.
Bagi memenuhi sambutan menggalakan dan keperluan untuk system pengurusan yang lebih professional maka Lembaga Pengelola Sekolah telah bersetuju untuk mendaftarkan sebuah syarikat yang tidak bermotifkan keuntungan (Syarikat Berhad Dengan Jaminan) Yang dipanggil Pusat Pendidikan As-Sa’idiyyah Berhad pada 29hb. September 1999 sebagai pemilik SRIAS.
1.3 NO. PENDAFTARAN (JHEAINS)
41-39/89 Sekolah Rendah Agama (Rakyat) As-Sa’idiyyah
1.4 MOTO
"نحو جيل الصالح"Ke arah melahirkan generasi yang soleh
1.5 MISI
Memperkasakan Pendidikan Islam sebagai asas pembentukan murid ke arah melahirkan generasi Rabbani.
1.6 VISI
Menjadikan sebuah Sekolah Rendah Islam pilihan utama oleh masyarakat di Negeri Sembilan.
1.7 MATLAMAT
- Melahirkan murid yang beriman, berilmu dan beramal soleh.
- Meningkatkan keperibadian mulia di kalangan murid
- Menjadikan murid sebagai contoh ikutan dikalangan masyarakat
1.8 KEISTIMEWAAN
- Kadar yuran yang berpatutan.
- Persekitaran yang Islamik dan selamat
- Penumpuan terhadap amalan Islam yang sahih.
- Peningkatan kemahiran membaca dan menghafaz Al-Quran
- Penekanan terhadap kemahiran Bahasa Arab dan tulisan jawi
- Penguasaan ilmu-ilmu Islam seperti Akidah, Fikah, Akhlak & Sirah.
- Ujian Penilaian Kelas Agama Petang untuk tahun 5. (khas)
1.9 CIRI-CIRI UTAMA
- Guru-guru yang berkelayakan dan berpengalaman
- Penekanan kurikulum dan ko-kurikulum yang mantap
- Kemudahan infrastruktur yang sesuai
- Pengkhususan terhadap pendidikan syabab & fatayat (ko-kurikulum)
- Sistem penilaian menyeluruh (sistem pentaksiran pelajar MUSLEH)
1.10 JADUAL WAKTU
7.30 – 7.40 pagi : Perhimpunan
7.40 – 2.00 ptg : Waktu Pembelajaran
12.00 – 2.00 ptg : Rehat & Solat Zohor
1.00 – 1.30 ptg : Solat Zohor Tahap 1
1.30 – 2.00 ptg : Solat Zohor Tahap 2
2.30 – 4.30 ptg : Kelas KAP & MUMTAZ
4.30 – 5.00 ptg : Solat Asar
1.11 PROGRAM KECEMERLANGAN
SRIAS telah menubuhkan jawatankuasa MUMTAZ yang terdiri dari kalangan guru-guru untuk mempastikan kecemerlangan murid dalam SPPM & UPSR
1.12 SYARAT KEMASUKAN
- Mengikut prosedur kemasukan
- Lulus ujian kemasukan yang ditetapkan
- Mengenal huruf rumi dan jawi
- Boleh membaca Iqra’ dan Muqaddam
- Tiada masalah disiplin
- Berkemampuan dari segi kewangan (ibubapa)

Subscribe to:
Comments (Atom)