Monday, May 26, 2008

Aktiviti Cuti Sekolah

Sempena cuti sekolah pertengahan semester tahun ini SRIAS sekali lagi menganjurkan program kecemerlangan khususnya kepada murid-murid tahun enam yang bakal menduduki peperiksaan SPPM & UPSR dan amnya kepada semua murid yang berminat.

Dengan adanya program kecemerlangan yang diadakan ini dapatlah membantu ibubapa mengisi waktu yang terluang terhadap anak-anak sepanjang waktu cuti persekolahan melalui kelas kecemerlangan tahun enam SPPM & UPSR, kelas Bahasa Arab & Jawi untuk tahap 1 dan 2 serta kelas Matematik hanya untuk tahap 2 dengan kadar yuran yang minima.

Pihak SRIAS juga telah mewajibkan beberapa tugasan rumah yang perlu diselesaikan kepada semua murid tahap 2 melalui guru matapelajaran masing-masing disamping membaca Al-Quran sekurang-kurangnya sehari sekali kesinambungan terhadap apa yang telah dilaksanakan di SRIAS.

Didoakan semoga semua murid SRIAS menjadi anak yang soleh, sentiasa taat dan membantu ibubapa, membaca Al-Quran dan tidak meninggalkan solat dalam apa jua keadaan.

Amin......

No comments: